Pelantikan Speaker, usul yang dilulus adalah sah - Peguam

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biarpun kekecohan tercetus pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlarutan selama enam jam semalam, namum seorang Speaker baru dilantik dan empat usul diluluskan.

Pelantikan serta usul yang diluluskan adalah sah, menurut Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun dan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kes membabitkan krisis perlembagaan negeri Perak di mahkamah.

Empat usul tersebut ialah pemecatan V. Sivakumar sebagai Speaker, melantik bekas ADUN Sungkai Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru, melantik anggota baru jawatankuasa negeri dan mengisytiharkan persidangan DUN Perak 'di bawah pokok' yang dipengerusikan oleh Sivakumar pada 3 Mac lepas sebagai tidak sah.

Hafarizam berkata penyingkiran bekas Speaker Sivakumar adalah sah kerana usul itu difailkan lebih 14 hari sebelum persidangan dan oleh itu ia perlu dibahaskan dan diputuskan pada persidangan hari ini.

Mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri, sebarang usul yang dibawa lebih 14 hari perlu dibentangkan untuk kelulusan Dewan.

"Perkara 36A (1) (b) menyatakan bahawa tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sehingga pelantikan Speaker yang baru dan Hee (Yit Foong) mengisi kekosongan itu merupakan pelantikan yang betul," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Mengenai dakwaan Pakatan Rakyat bahawa persidangan DUN itu tidak sah, Hafarizam berkata terdapat persetujuan Diraja bagi persidangan dan mesyuarat telah pun diwartakan.

"Lagi pun, BN mempunyai 31 undi dan peraturan majoriti mudah menyatakan bahawa usul yang diluluskan hari ini semuanya sah termasuk persidangan itu," katanya.

Katanya Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan turut memberi imuniti kepada persidangan dan usul yang diluluskan oleh Dewan hari ini tidak boleh dicabar di mahkamah.

Terdahulu itu, Sivakumar berkata penggantungan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dilakukan dalam kapasitinya sebagai pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dan bukan sebagai Speaker.

Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan kedudukannya sebagai Speaker, perkara tersebut tidak boleh diguna pakai, dakwanya.

Muhammad Shafee berkata dakwaan Sivakumar itu tidak sah kerana dia telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi menggantungkan Zambry dan enam exco BN atas kedudukannya sebagai seorang Speaker.

"Ianya juga kerana dia sebagai Speaker dan dia layak duduk sebagai pengerusi (jawatankuasa itu) jadi semuanya terikat," katanya.

Muhammad Shafee berkata dalam sebarang kes, Speaker tidak boleh menggantungkan mana-mana ahli Dewan untuk tidak melebihi sehari.

"Dia perlu merujuk perkara itu kepada Dewan bagi memastikan ianya dilaksanakan dengan teratur...dia tidak melakukannya dan mahkamah memerintahkan 'persidangan di bawah pokok' itu tidak sah," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Shafee juga menolak dakwaan Sivakumar bahawa tiga wakil rakyat bebas "mesra BN' tidak harus menghadiri persidangan itu kerana ada kes saman yang dikemukakan oleh Sivakumar terhadap mereka masih belum diputuskan di mahkamah.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (telah memutuskan bahawa mereka masih memegang kerusi dalam Dewan) dan juga mahkamah memutuskan mereka tidak pernah letak jawatan kerana surat peletakan jawatan yang pra tandatangan adalah tidak sah," katanya.

Sementara itu, pensyarah undang-undang perlembagaan dari Universiti Antarabangsa Islam, Prof Madya Dr Sharahayu Abd Aziz berkata bagi pelantikan Speaker baru, usul memecatnya harus dibentangkan dan dibahaskan.

Bagaimanapun, katanya, usul itu ditolak oleh Speaker dan oleh itu ianya tidak sah.

"Ia menunjukkan betapa banyaknya kuasa diberikan kepada Speaker...lebih-lebih lagi dia boleh enggan mendengar usul itu.

"Ini adalah sama dengan Dewan Rakyat apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan pelbagai usul tetapi jika Speaker tidak mahu mendengar usul itu maka Anwar tidak mempunyai pilihan kecuali duduk dan diam kerana usul ditolak.

"Jadi kata putus terletak dengan Speaker," katanya.

Mengenai pelantikan Speaker baru, Sharahayu berkata tidak ada peruntukan dalam Perintah Tetap yang menghuraikan sama ada ianya dibenarkan atau sebaliknya.

Katanya pada biasanya pelantikan itu dilaksanakan selepas dibahaskan oleh Dewan dan pada majlis lain.

"Dalam undang-undang perlembagaan, apa yang biasa diamalkan harus diikuti, jadi saya cenderung untuk menyatakan ini merupakan pelanggaran konvensyen," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan