Ketua pengganas JI Singapura diberkas

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Mas Selamat Kastari, yang disyaki sebagai ketua pengganas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan melarikan daripada sebuah pusat tahanan di sini tahun lepas telah diberkas di Malaysia, demikian menurut laporan media hari ini.

Mas Selamat menjadi buruan pihak berkuasa republik itu yang melancarkan operasi secara besar-besaran selepas meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road pada 27 Feb ditangkap pada 1 April setelah bersembunyi di Johor, menurut laporan The Straits Times yang memetik sumber sebagai berkata.

Laporan itu menyebut Mas Selamat, 48, ditangkap di kawasan pinggir bandar Johor Baharu dan kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk disoal siasat di negara itu.

Mas Selamat didakwa dalam kepada satu rancangan untuk merampas sebuah kapal terbang dan merempuhkan pesawat itu di Lapangan Terbang Changi Singapura.

Dia melarikan diri dari Singapura pada 2001 tetapi diberkas polis Indonesia di Pulau Bintan pada 2006, dan kemudian dihantar balik ke negara pulau itu.

Akhbar itu menyebut seorang pegawai kanan Kerajaan Malaysia, yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan penahanan itu dan menyatakan Mas Selamat kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada pengganas itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura.

Laporan itu juga menyebut pengganas itu dijejaki menerusi laporan risikan yang diberikan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD), dan satu operasi bersama oleh pihak keselamatan Malaysia dan Singapura akhirnya berjaya membawa kepada penahanan Mas Selamat.

Masih tidak diketahui bagaimana Mas Selamat meloloskan diri dari Singapura dan bila dia memasuki Malaysia selepas melarikan diri. Laporan itu menyebut Mas Selamat berada di Johor pada setiap masa dan dia tidak pernah keluar ke utara.

Penangkapan Mas Selamat menamatkan operasi memburu orang disyaki sebagai pengganas yang dilakukan secara besarbesaran oleh Singapura. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan