Asean tolak saring H1N1 rakyat yang keluar negara

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pegawai kesihatan dari Asean, China, Jepun dan Korea Selatan menolak cadangan untuk melakukan penyaringan keluar di lapangan terbang dan kawasan sempadan di rantau ini bagi menghadapi kemungkinan berlaku wabak Influenza A (H1N1).

Menurut para pegawai yang menghadiri mesyuarat pegawai-pegawai kanan Khamis menjelang Mesyuarat Khas Menteri Kesihatan Asean + 3 Jumaat ini di sini, cadangan telah dibuat untuk menyaring orang ramai sebelum meninggalkan negara mereka dan menghalang mereka yang menghadapi tanda-tanda dijangkiti virus H1N1 daripada meninggalkan negara masing-masing.

"Tetapi sesetengah negara enggan berbuat demikian. Sesetengah pegawai mencadangkan sekiranya wabak berlaku, hanya kawasa berkenaan yang diklasifikasi sebagai kawasan yang terjejas dan bukannya seluruh negara tersebut," kata sumber. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan