ADUN Padungan dan penyokong PKR dibebaskan - Berita Semasa | mStar

ADUN Padungan dan penyokong PKR dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Padungan Dominique Ng termasuk isterinya dan sembilan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibebaskan Jumaat selepas ditahan kerana menyertai bantahan sambil menyalakan lilin di sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Wong Wai Loong mengesahkan bahawa mereka dibebaskan selepas diletakkan dalam tahanan polis selama 24 jam kerana mengadakan perhimpunan haram di Kuching Waterfront, berdekatan baazar utama di sini tanpa permit polis.

Tiada insiden buruk berlaku semasa bantahan itu diadakan, katanya kepada Bernama di sini.

Ng, yang berpakaian warna hitam, mengetuai kumpulan itu sebagai tanda menyokong rakan PKR di Perak dan juga protes terhadap penangkapan seorang aktivitis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat.

Semasa insiden itu, Wong mengetuai sepasukan pegawai polis dengan unit tindakan ringan bersama trak perisai polis bagi menasihatkan kumpulan itu supaya bersurai tetapi tidak diendahkan. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan