"Saya dah buat 3, 4 keputusan penting" - Speaker DUN Perak

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ketika ditemui media selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ketika ditemui media selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya hari telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang Dewan bermula hari ini.

"Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara.

"Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya.

Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, Sivakumar yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingga hari ini.

BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru.

Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul.

"Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi ini.

"Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya.

Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang penggal baru hari ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan