Kemelut siapa terajui PAS isu lama - Hadi Awang

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemelut berhubung siapa yang layak menerajui parti itu adalah satu isu lama.

Beliau berkata isu berkenaan akan timbul setiap kali jika ada pemilihan pucuk pimpinan sebelum berlangsungnya muktamar agung parti itu.

"Isu ini sudah lama, sejak 1980an. Saya tidak lupa, perkara yang sama diperkatakan. Isu ini akan disebut setiap kali muktamar tahunan akan diadakan.

"PAS akan konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura (kaedah rundingan untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti itu)," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perdebatan yang wujud di kalangan anggota parti itu berhubung siapa yang layak menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, Abdul Hadi berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan