Kedudukan Raymond dalam Kabinet Sabah diumum minggu depan

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat yang menyertai parti Gerakan Selasa lepas Datuk Raymond Tan Shu Kiah dalam kabinet Sabah akan diumumkan minggu depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata beliau akan membuat pertimbangan mengenai pelbagai aspek berhubung perkara itu, termasuk mengambil kira pandangan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Negeri sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Langkah Timbalan Ketua Menteri Sabah Raymond Tan, yang merupakan bekas timbalan presiden parti Progresif Sabah (SAPP) yang tidak berparti sejak kirakira sembilan bulan lepas menyertai Gerakan mencetuskan spekulasi mengenai rombakan kabinet negeri.

Semasa ramai kalangan pemimpin parti komponen BN meyambut baik keputusan Raymond Tan itu, pemimpin Pemuda Parti Demokratik Liberal (LDP) sebaliknya menyuarakan rasa tidak senang hati dengan perkembangan itu.

Semalam ketuanya Chin Shu Ying dilaporkan berkata jawatan timbalan ketua menteri yang disandang Raymond Tan tidak seharusnya secara automatik menjadi milik Gerakan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan