Penasihat undang-undang diarah kaji keperluan pinda akta

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan penasihat undang-undang di semua jabatan dan agensi di bawah kementerian beliau untuk mengkaji keperluan dan tujuan meminda akta-akta bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Beliau berkata kajian ini termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan sulungnya selepas menjawat jawatan itu pada 3 April lepas, agar akta yang dianggap kontroversi seperti ISA dikaji semula.

Keputusan untuk menkaji semua akta yang sedia ada di bawah jabatan dan agensi di bawah kementerian itu diputuskan pada satu mesyuarat bulan lepas, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam di sini hari ini.

"Fokus kita pada ISA. Sudah sampai masanya untuk kita rombak kerana kadang-kadang akta yang telah lama diguna pakai sebegini matlamat dan objektifnya telah berubah," tegas beliau.

Hishammuddin juga berharap kajian terhadap akta-akta yang membabitkan kementerian itu dapat membantu pihak perundangan.

Bagaimanapun perundangan yang melibatkan keselamatan, kepentingan, toleransi dan hubungan kaum serta institusi Raja perlu dipandang serius dan tidak boleh berkompromi, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan