Nasrudin sepatutnya bersemuka dengan saya - Husam

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU; Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa (gambar) yang jelas tidak senang hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan mengenai dirinya berkata Nasrudin sewajarnya bersemuka dengan beliau daripada membuat kenyataan sinikal mengenai jawatan Presiden Pas.

Katanya Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam Pas sudah berlaku.

Akhbar hari ini memetik saranan Nasrudin menerusi blognya www.episodeperjuangan.blogspot.com. supaya Husam bertanding bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu di Shah Alam, Selangor, bulan depan bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota Pas.

Husam berkata beliau sedang menyiapkan sebuah buku bagi menjawab segala pertuduhan terhadapnya berhubung kemelut dalam Pas termasuk isu jawatan dalam parti itu.

"Kalau siap buku itu sebelum muktamar baguslah tetapi jika siap selepas muktamar pun tidak mengapa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan