Kes influenza A (H1N1) seluruh dunia meningkat kepada 1,490 kes

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wabak influenza A (H1N1) meningkat kepada 1,490 kes setakat semalam dengan 30 kematian dicatat.

Tiada pertambahan pada bilangan negara yang terlibat dengan jangkitan wabak.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya semalam memaklumkan 29 kes kematian berlaku di Mexico dan satu kes di Amerika Syarikat.

Mexico dilaporkan dijangkiti 822 kes sehingga semalam berbanding 590 kes pada hari sebelumnya, manakala Amerika Syarikat melaporkan 403 kes positif ujian makmal.

Negara yang melaporkan peningkatan kes positif ujian makmal tetapi tiada kes kematian setakat semalam berbanding pada hari sebelumnya, ialah Kanada dengan 140 kes dari 39 kes, Jerman meningkat kepada lapan kes dari satu kes, Itali kepada lima kes dari tiga kes, Korea Selatan kepada dua kes dari satu kes.

Sepanyol kepada 57 kes dari tiga kes dan United Kingdom kepada 27 kes dari sembilan kes.

Statistik di negara-negara lain adalah sama seperti hari sebelumnya.

WHO masih mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik pada Fasa 5 sehingga semalam.

Ia juga belum menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan serta penutupan sempadan oleh mana-mana negara.

Dr Ismail berkata sehingga kini, Malaysia masih belum melaporkan sebarang kes setelah kesemua sembilan pesakit yang dimasukkan ke wad isolasi bagi tujuan siasatan dan pemerhatian, iaitu tujuh di Hospital Sg Buloh, satu di Hospital Sultanah Aminah di Johor BahAru dan satu di Hospital Umum Sarawak, disahkan negatif.

Katanya saringan kesihatan di semua pintu masuk negara yang menerima kemasukan pelawat dari negara-negara yang dilanda wabak serta kepulangan rakyat Malaysia dari negara-negara berkenaan juga dipertingkat.

"Sehingga semalam, 46 penerbangan dan 5,019 penumpang yang tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang telah disaring dan tiada antara mereka yang dirujuk ke hospital," katanya.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya seboleh-bolehnya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang dikesan mempunyai wabak.

Mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara berkaitan perlu membuat pemeriksaan sendiri dan sekiranya mempunyai tanda-tanda demam, batuk atau tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan, diminta supaya mendapat rawatan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan