Jangan pakai baju hitam esok, kata KPN

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju berwarna hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Perak esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Polis tidak akan teragakagak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang anggota dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut.

"Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang telah diluluskan oleh undang-undang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak tanduk individu tertentu yang menyebarkan hasutan itu melalui Internet dan SMS bagi tujuan mencetuskan kekecohan dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.

Semalam, seorang aktivis Bersih ditahan kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur hasutan dalam laman blognya.

"Tugas kami adalah untuk menjaga keamanan, justeru kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menggugat keamanan.

"Perbuatan aktivis terbabit jelas menunjukkan dia sengaja menghasut orang ramai untuk terlibat dalam perhimpunan haram dan menghalang sidang dijalankan," katanya.

Musa berkata cadangan untuk melarang motosikal masuk ke kawasan pusat bandar pada masa tertentu sebagai langkah mencegah peningkatan kadar jenayah masih dikaji.

Katanya polis telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail berhubung cadangan berkenaan.

"Keputusannya akan kami dedahkan kelak...tunggu sahaja keputusannya nanti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan