EPF fail 1,192 kes sivil, 1,849 kes jenayah terhadap majikan - Berita Semasa | mStar

EPF fail 1,192 kes sivil, 1,849 kes jenayah terhadap majikan

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memfail 1,194 kes sivil dan 1,849 kes jenayah terhadap majikan yang bersalah kerana gagal mengemukakan caruman KWSP pekerja mereka dalam suku pertama 2009.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, KWSP berkata sebanyak 126 majikan yang tidak bertanggungjawab telah dikenakan denda berjumlah RM214,190 oleh mahkamah kerana kesalahan yang sama di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991.

Ia berkata Poh Huat Machine Tools Sdn Bhd dari Selangor dikenakan denda tertinggi berjumlah RM7,000, diikuti oleh Caidmark Sdn Bhd dari Selangor dan Precint Development Sdn Bhd dari Kuala Lumpur yang dikenakan denda kedua tertinggi, masing- masing sebanyak RM6,000.

KWSP berkata sebuah syarikat berpangkalan di Selangor, IB Technologies Sdn Bhd, dikenakan denda RM5,500, manakala dua syarikat yang berpangkalan di Melaka, iaitu IIUM Resort Sdn Bhd dan Secure Guards Sdn Bhd, masingmasing dikenakan denda sebanyak RM5,000.

Ketua perhubungan awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kadar majikan yang melakukan kesalahan dalam suku pertama 2009 meningkat sedikit kepada 2.16 peratus daripada 2.05 peratus dalam suku sebelumnya.

"Meskipun peningkatan itu barangkali dijangkakan dengan keadaan ekonomi yang lembap sekarang, namun KWSP berikrar untuk melipatgandakan usaha dalam memantau majikan dan tidak teragakagak mengambil pelbagai bentuk tindakan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP," tegasnya.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa 272 nama pengarah syarikat telah dirujukkan kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara ini. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan