Azizan pertahan ulama terus pimpin PAS

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan saranan supaya hanya golongan ulama terus diberi keutamaan mengisi dua jawatan tertinggi Pas dan mahu supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden tanpa ditandingi.

Katanya selaku Pesuruhjaya Pas Kedah beliau ingin mengingatkan semua golongan profesional dalam parti itu agar tidak memperlekehkan golongan ulama.

Beliau berkata mengikut tradisi parti, beliau lebih suka golongan ulama dikekalkan mempimpin parti walaupun perkara berhubung memilih presiden dan naib presiden tidak termaktub dalam perlembagaaan.

"Sejak penubuhan Pas lagi golongan ulama yang menggerakkan parti dan sedikit sangat golongan profesional menyertai Pas. Mereka ini datang sebagai menumpang, jadi wajarkah golongan ulama disingkirkan?" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas istiadat pengurniaan tauliah pelantikan Setiausaha Kerajaan Kedah yang baru di Istana Anak Bukit, Rabu.

Pada majlis itu Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada Datuk Wira Rasli Basir, 56, bagi menggantikan Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah yang tamat kontrak.

Azizan berkata kejayaaan Pas menawan Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan pada pilihan raya umum 2008 adalah pada masa parti itu dipimpin oleh Abdul Hadi.

"Sekarang saya tidak lihat sebarang kelemahan presiden. Kecuali presiden lemah saya akan sokong beliau diganti. Jadi mengapa beliau patut diganti sekarang," tambahnya.

Mengenai jawatan yang hendak ditandinginya pada muktamar parti itu Jun ini, Azizan berkata beliau menyerahkan kepada anggota parti untuk menentukan jawatan yang sesuai untuk ditandinginya.

"Saya akan lihat dahulu pencalonan yang dibuat. Setelah menerima surat tawaran jawatankuasa pencalonan, barulah saya akan umumkan jawatan yang akan ditandingi," kata Azizan.

Azizan bagaimanapun berkata beliau akan melihat kesesuaian jawatan dan tidak akan bertanding hanya berdasarkan pencalonan yang diterima. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan