3 ditahan cuba serah kek hari jadi Altantuya

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan polis dipercayai kerana cuba menghantar kek ke pejabat Perdana Menteri sempena ulang tahun hari kelahiran wanita Mongolia di Putrajaya pagi tadi walaupun telah dilarang berbuat demikian.

Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid berkata, tiga lelaki tersebut iaitu Md Sani Md Shah, 32; Saufi Mihad, 28, dan Yasser Sheikh Abdul Rahman, 26 daripada kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Setakat malam ini mereka masih ditahan polis bagi memberi keterangan lanjut.

"Mereka bertiga telah pun memberi keterangan tadi tapi kita masih menahan mereka untuk melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, lewat petang tadi.

Kira-kira 20 ahli SAMM berkumpul di kawasan letak kereta bangunan Perdana Putra dipercayai cuba menghantar sebiji kek sempena hari lahir wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, dua lagi lelaki daripada kumpulan itu iaitu Badrul Hisham Shaharin iaitu ahli Majlis Tertinggi PKR dan Nor Azizi A Aziz yang turut berada di tempat kejadian hanya diminta memberi keterangan.

"Kita hanya tahan tiga orang itu kerana kumpulan itu yang membawa kek.

"Sementara itu, yang dua lagi tidak ditangkap kerana mereka hanya mahu menyerahkan memorandum," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan