Tiga lagi negara terlibat kes influenza A (H1N1)

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga negara lagi Colombia, El Salvador dan Portugal telah melaporkan secara rasmi kes influenza A(H1N1) di negara masing-masing menjadikan 21 negara terlibat dengan virus itu manakala jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di seluruh dunia setakat ini ialah 1,085 kes dengan 26 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya memaklumkan 590 kes dengan 25 kematian dicatat di Mexico manakala 286 kes dengan satu kematian di Amerika Syarikat.

Negara lain yang melaporkan kes positif ujian makmal influenza A (H1N1) dengan tiada kematian ialah Kanada sebanyak 101 kes, Britain (18), Sepanyol (54), El Salvador (Dua), Itali (Dua) Jerman (lapan), New Zealand (enam), Israel (empat), Perancis (empat) serta masingmasing satu kes di Austria, Hong Kong, Costa Rica, Denmark, Belanda, Republik Korea, Switzerland, Ireland, Colombia dan Portugal.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia jika boleh, menangguhkan perjalanan antarabangsa ke negara yang dikesan mempunyai kes influenza A (H1N1) dan mereka yang kurang sihat juga dinasihat tidak melakukan perjalanan ke luar negara.

"Kepada mereka yang baru balik dari luar negara terutama dari negara yang dikesan mempunyai kes influenza A (H1N1) diminta membuat pemeriksaan sendiri dan jika mempunyai tandatanda demam, batuk atau tandatanda jangkitan salur pernafasan, mereka diminta mendapat rawatan segera di klinik yang berdekatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Ismail berkata WHO masih mengekalkan tahap amaran influenza pandemik Fasa Lima dan tidak menyarankan sebarang sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan serta penutupan sempadan untuk manamana negara.

Beliau berkata semalam, kementerian menerima empat laporan mengenai pesakit yang dimasukkan ke wad isolasi bagi tujuan siasatan dan pemerhatian, iaitu tiga di Hospital Sungai Buluh dan satu di Hospital Umum Sarawak.

"Keempat-empat mereka ini mengalami tandatanda "influenzalike illness" dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang dikesan mempunyai kes influenza A (H1N1).

Tiga daripada mereka disahkan negatif terhadap ujian influenza A oleh Institut Penyelidikan Perubatan sementara seorang lagi dari Sarawak masih dalam proses ujian makmal.

"Sehubungan itu, sehingga kini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita," katanya.

Dr Ismail berkata pelawat dari negara yang dilanda wabak itu serta rakyat Malaysia yang pulang dari negara-negara terbabit disaring di pintu masuk antarabangsa dan diberi Kad Amaran Kesihatan dan Borang Pengisytiharan Kesihatan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan