Sultan Selangor bertambah sihat

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan bertambah sihat setelah menjalani pembedahan jantung selama 10 jam di Pusat Perubatan Universiti Stanford di California, Amerika Syarikat, pada Sabtu lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi telah dipindahkan ke wad biasa dan sudah boleh makan serta minum.

Baginda akan menjalani rawatan sehingga pulih sepenuhnya dalam jangka masa tiga minggu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Munir meminta rakyat Selangor mendoakan agar baginda segera sembuh dan tidak berasa bimbang dengan keadaan kesihatan baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke California Rabu lepas, diiringi adindanya Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah, doktor peribadi baginda Datuk Dr Anuar Masduki, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Selangor Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan