Saya masih belum puas hati hasil kajian PPSMI - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajiankajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan.

"Kadang kala semasa perbincangan meja bulat, orang ramai tidak mempunyai fakta dan bukti.

"Mereka bercakap berasaskan kepada apa yang mereka rasa. Mereka mestilah menyokong pendapat dengan banyak fakta dan bukti sama ada perlu dilakukan perubahan ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian pada akhirnya akan mengemukakan hasil kajian kepada Kabinet sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Muhyiddin berkata beliau sedia menerima sesiapa juga yang berhasrat memberi pandangan atau memorandum dalam hal itu, dan sekiranya ia baik pandangan itu boleh diterima pakai.

"Sekarang ini banyak pihak beri pandangan masingmasing. Ada yang setuju dan tidak setuju. Yang penting ialah soal masa depan bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, yang tidak kurang penting ialah soal masa depan anak kita yang belajar di sekolah.

Katanya keputusan yang bakal diumumkan adalah berdasarkan kajian mendalam pastinya akan memberi kesan terhadap dasar sedia ada, atau penambahbaikan perubahan dasar.

Mengenai cadangan bagi menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhyiddin berkata ia akan dilakukan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya kepada rakyat.

Muhyiddin berkata perkara itu memerlukan masa bagi membolehkan perundingan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, masyarakat dan parti-parti politik.

"Ini bukan hanya suatu keprihatinan kerajaan tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat hasilnya," kata beliau.

Muhyiddin, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut kerana masih terlalu awal untuk menyatakan apaapa mengenainya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan