PAS larang anggotanya bertanding calon Bebas di Penanti

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: PAS kekal dengan pendiriannya tidak membenarkan anggotanya bertanding menentang rakan komponen pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti demi menjaga semangat setiakawan.

"Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Markas Pas Padang Menora, dekat sini malam tadi.

Sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang menerusi bekas ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin mendesak pucuk pimpinan meletakkan calon parti itu bertanding di Penanti dengan alasan bahawa anggota akar umbi tidak berpuas hati dengan tindakan penyandang kerusi itu sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat mengosongkannya.

Dua hari lepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mujahid Yusof Rawa, meminta pucuk pimpinan parti supaya mengkaji semula keputusan tidak meletakkan calon parti itu serta menilai semula perjanjian pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang.

Mustafa meminta anggota parti itu tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej parti kerana keputusan telah dibuat sebelum ini iaitu mana-mana parti dalam gabungan pembangkang yang telah bertanding di sesebuah kawasan pada pilihan raya umum lalu berhak meletakkan calon mereka sekiranya berlaku kekosongan kerusi itu atas sebarang sebab.

"Bagaimanapun, kita boleh berbincang jika parti yang bertanding sebelum ini tidak bersedia untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil," katanya.

Mustafa berkata, beliau akan memaklumkan perasaan dan suara akar umbi Pas Pulau Pinang yang mahukan parti itu bertanding kepada pimpinan tertinggi parti pada mesyuarat bulanan 10 Mei ini dan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telah mendengar dan memahami kehendak mereka dan saya juga telah memberi penjelasan mengenai alasan kita tidak bertanding di situ.

"Bagaimanapun, kedudukan kerusi pada pilihan raya umum akan datang boleh dibincangkan," katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, timbalannya, Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Pemuda yang baru, Mohd Yusni Mat Piah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan