Mutu tidak dikompromi, pencapaian pendidikan dikaji - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran pada perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya, hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zakarshi; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan timbalan, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom --foto THE STAR oleh Rohaizat Md Darus
TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran pada perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya, hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zakarshi; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan timbalan, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom --foto THE STAR oleh Rohaizat Md Darus

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat kajian berhubung sejauh mana tahap pencapaian pendidikan negara sama ada telah mencapai matlamat sebenar dan mengenal pasti sebarang kekurangan yang boleh diperbaiki.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan dari dalam dan luar negara berhubung hal itu.

"Kita akan kaji sejauh mana keberkesanan tahap pendidikan kita sama ada memenuhi matlamat sebenar atau apa-apa kekurangan dari segi keupayaan tenaga pengajar, pentadbiran, pelajar dan sebagainya.

"Saya akan tekankan pada soal mutu kerana kita tak boleh berkompromi dari segi kualiti bagi masa depan anak-anak kita," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat pertamanya sebagai Menteri Pelajaran pada perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya juga menerima maklum balas daripada pihak luar berhubung tahap pendidikan di negara ini.

"Berbanding sesetengah tempat, mungkin ada lagi runag yang perlu kita perbaiki.

"Saya akan mulakan (kajian) di kementerian, kita akan dapat mengetahui kedudukan yang sebenar bagi dijadikan sebagai panduan kita," katanya.

Selain itu, beliau berkata, konsep Satu Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu diterjemahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan termasuk memberi penekanan kepada aspek perpaduan kaum dalam silibus dan menggalakkan aktiviti integrasi murid terutamanya di sekolah-sekolah yang berbeza aliran.

"Kita nak beri pemahaman betapa pentingnya soal pendidikan sebagai satu bidang di mana kita boleh menyatu padukan rakyat menerusi pelajar-pelajar yang pelbagai kaum, keturunan, agama dan budaya," katanya.

Muhyiddin turut meminta warga kementeriannya supaya mementingkan soal pengurusan masa dan bertindak segera dalam membuat keputusan penting.

"Jangan kita fikir masa itu banyak sangat, kita kadangkala melambat-lambatkan...mungkin tidak sengaja. Ada banyak cabaran dan masalah yang di luar kawalan kita.

"Kita akan mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin bukan hanya hal infrastruktur tapi masalah pembelajaran.

"Dalam membuat keputusan penting, lebih baik kita membuat keputusan cepat. Kadang-kadang ada juga kesilapan yang boleh kita perbaiki tetapi (jika) tidak buat keputusan langsung...lambat dan rakyat tertunggu, tiada apa hasil," katanya.

Berhubung cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung kajian semula terhadap kandungan buku teks Sejarah bagi bagi menunjukkan peranan semua kaum yang membawa kedudukan negara sehingga ke tahap sekarang, Muhyiddin berkata, apa yang penting adalah memberi gambaran sebenar mengenai peranan semua kaum di negara ini.

Katanya, kerajaan tidak pernah mengenepikan sumbangan kaum lain terhadap sejarah atau pembangunan sebelum, semasa atau selepas kemerdekaan tetapi apa yang perlu diutamakan dalam sejarah ialah perjuangan kemerdekaan dipelopori oleh kaum Melayu sebelum disertai oleh pemimpin daripada kaum-kaum lain.

"Saya terbuka menerima sebarang idea. Kita akan lihat perubahan itu tetapi ia harus berlandaskan fakta dan kebenaran," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan