Mesyuarat bincang isu anak tidak lama lagi - Jamil

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat bagi mencari penyelesaian berhemah berhubung status agama anak apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam akan diadakan tidak lama lagi membabitkan beberapa kementerian dan jabatan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata mesyuarat tertutup itu juga berkemungkinan disertai oleh beberapa pertubuhan agama tetapi ia belum dimuktamadkan lagi.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan menterimenteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Nazri Aziz yang bertanggungjawab mengenai perundangan dan Tan Sri Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab mengenai isu perhubungan kaum bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai mesyuarat itu.

Antara kementerian yang akan terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Kepimpinan Integrasi: Isu dan Cabaran dalam Perkhidmatan Awam" di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pelbagai pendebatan mengenai keputusan Kabinet pada 22 April lepas di mana anakanak di bawah umur kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Jamil Khir berkata sehingga mesyuarat itu diadakan beliau tidak akan memberi sebarang ulasan berkaitan isu tersebut.

"Sehingga menunggu mesyuarat tersebut diadakan, akan ada kementeriankementerian dan jabatanjabatan berkaitan yang akan mengambil tanggungjawab masing-masing untuk selesaikan isu itu,"katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan