Dewan Tertinggi BN tentukan kedudukan di Penanti - Najib

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memutuskan sama ada perlu bertanding atau sebaliknya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.

"Kita tidak tergesagesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya pada persidangan berita di sini hari ini.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Kerusi (DUN) Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.

Ketika diminta mengulas keputusan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan dan anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah, menyertai Parti Gerakan, parti politik yang berpangkalan di Semenanjung, setelah tidak mempunyai parti selama hampir sembilan bulan, Najib berkata Tan bersama Au sudah berjumpa dengan beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam untuk memaklumkan perkara itu.

"Raymond menyatakan bahawa selepas berfikir semasakmasaknya beliau mengambil keputusan untuk memasuki parti Gerakan atas beberapa sebab.

"Antaranya ialah bahawasanya parti Gerakan adalah satu parti berbilang bangsa dan dia dapat menonjolkan dirinya sebagai pemimpin untuk semua kaum dan semua penyokongnya boleh menyertai bersama-sama dengan dia," katanya.

Mengenai kedudukan Tan dalam Kabinet negeri, Najib berkata perkara itu akan ditentukan kemudian.

"Itu kita serahkan kepada kuasa prerogatif Ketua Menteri dan lepas itu, Ketua Menteri akan buat cadangan kepada saya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan