Anwar mahukan platform 'segarkan' agenda politik

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING: Ahli-ahli politik dan akademik mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim Ibrahim yang didakwa merancang untuk mengadakan beberapa siri pilihan raya kecil sebagai membazir dan membuang masa.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata merancang pilihan raya kecil juga merupakan strategi Anwar untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kekurangan idea dalam menangani kesan krisis ekonomi global kepada negara.

Tambah beliau, PKR tidak mempunyai agenda yang bersih atau formula untuk membantu rakyat.

"Saya percaya selepas (pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri) Penanti, Anwar akan mengatur strategi atau membantu merancang lebih banyak pilihan raya kecil untuk membolehkannya memperkukuhkan kedudukan politiknya sendiri," katanya.

Megat Firdouz berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam mengenai kenyataan seorang penganalisis politik yang meramalkan Anwar akan merancang empat hingga lima pilihan raya kecil sebelum pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon menyatakan wang yang dibelanjakan dalam pilihan raya kecil boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Beliau juga mengutuk helah sengaja mengadakan pilihan kecil sebagai satu pembaziran wang rakyat.

"Pilihan raya kecil seperti ini sengaja untuk meletakkan Pakatan Rakyat sebagai bahan berita sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye, menggambarkan strategi ini sebagai 'sangat mengganggu' dan tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan matlamat seorang wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Sengaja wujudkan pilihan raya kecil untuk tujuan publisiti murahan adalah salah," katanya.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Johor, Syed Hood Syed Edrus berkata Anwar akan menggunakan sebarang isu untuk mendapatkan simpati daripada pengundi.

"Dia tak akan dapat banyak kebaikan jika berdiam diri," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata Barisan Nasional (BN) patut bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti.

"Ia memang satu pembaziran, tapi BN tetap perlu memberi respon.

"Perlu untuk mendapatkan seorang calon bebas yang bagus bagi memecahkan undi," katanya.

Dr. Shamsul menambah, bagi memastikan kemenangan, PKR harus memilih calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Undi Melayu perlu kembali kepada BN, PKR kemungkinan akan cuba mendapatkkan undi daripada pengundi Cina dan India," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan