Penanti: Kemelut pertikaian PAS dijangka diselesai 9 Mei

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemelut pertikaian agar PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dijangkan akan diselesaikan menerusi mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat (JPP) pada 9 Mei depan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Omar Hassan berkata beliau berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan parti akan memberi pertimbangan yang sewajarnya mengenai pendirian PAS negeri yang mahukan parti itu meletakkan calon pada pilihan kecil DUN Penanti.

"Kita amat berkeyakinan PAS Pusat akan mendengar suara akar umbi yang mahukan PAS bertanding di kerusi Penanti.

"Kita juga percaya pada mesyuarat itu nanti kita akan perolehi satu kata putus yang memuaskan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mesyuarat tersebut dijadual diadakan bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang hari ini turut menggesa pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara Pakatan Rakyat berhubung keputusan memperuntukan kerusi DUN Penanti hanya ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebelum ini diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei ini.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada PKR pada 16 April lalu.

Ditanya jika hasil mesyuarat itu nanti PAS Pusat tetap menolak permintaan tersebut, Omar berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

"Kita mesti positif dalam hal ini, kita yakin pada ruang perbincangan itu nanti PAS Pulau Pinang telah bersedia untuk mengutarakan hujah-hujah yang bernas untuk memperkukuhkan permintaan ini.

"Ini suara akar umbi, jika mulanya ia hanya suara Pemuda PAS yang mahukan PAS bertanding, tapi sekarang ia merupakan isu negeri.

"Semua pihak dalam PAS negeri memang mahukan agar kita meletakkan calon mewakili Pakatan Rakyat," kata Omar yang juga Yang Dipertua PAS Permatang Pauh.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan