PAS ulangi pendirian sokong calon PKR di Penanti - Berita Semasa | mStar

PAS ulangi pendirian sokong calon PKR di Penanti

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi lagi pendirian parti itu untuk menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mansor Othman yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Abdul Hadi berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya, PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac tahun lepas dan telah memenanginya.

"Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang telah kita muktamadkan kerana parti ini (PKR) yang menjadi calon pada PRU yang lalu.

"Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding...itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon Keadilan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS mengenai cadangan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin yang mahukan calon daripada parti itu bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuatkuasa 16 April lepas.

Bagaimanapun setakat ini Barisan Nasional (BN) masih belum membuat sebarang keputusan mengenai peletakan calon mereka untuk bertanding di Penanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang turut ditanya mengenai perlunya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu diisi ulama hanya berkata: "Itu sudah dijelaskan". BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan