DAP putuskan hasrat letak jawatan Manoharan tiga, empat minggu lagi

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu akan membuat keputusan dalam tiga hingga empat minggu lagi berhubung hasrat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah di Selangor M. Manoharan untuk meletak jawatan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata keputusan Manoharan itu bagaimanapun belum muktamad sebaliknya hanya menyuarakan hasrat berbuat demikian kerana kecewa tidak dapat berkhidmat kepada pengundi di kawasannya.

"Memang parti berpendapat beliau tidak wajar berbuat demikian bagaimanapun kita perlu menghormati pendirian beliau.

"Beliau rasa kecewa kerana ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak dapat berkhidmat kepada pengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Manoharan mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu, dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat selepas bertemu dengan Pengerusi DAP Karpal Singh di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.

Manoharan, Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, bersama empat lagi pemimpin pertubuhan itu ditahan mengikut ISA pada 13 Dis 2007.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan, yang bertanding atas tiket DAP, memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Dalam perkembangan lain, Lim menyatakan rasa gembira apabila ujian darah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap warga New Zealand yang dimasukkan ke wad khas Hospital Pulau Pinang didapati bebas virus influenza A (H1N1).

"Saya gembira kerana Pulau Pinang bebas virus itu, harap warga Pulau Pinang tidak panik dan bimbang tentang hal ini," katanya.

Pengumuman mengenai keputusan ujian darah itu dibuat oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kuala Lumpur hari ini.

Lelaki warga New Zealand berusia 45 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada 25 April lepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dimasukkan ke wad khas Hospital Pulau Pinang (HPP) petang semalam untuk pengawasan selepas mengadu kurang sihat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan