Anwar: Perselisihan masalah kecil, PAS janji sokong calon PKR

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Perselisihan faham antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berhubung parti mana yang patut mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan masalah kecil yang boleh diselesaikan, kata Penasaihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.

"DAP dan PAS mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.

“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan PAS bersetuju bagi membenarkan PKR untuk membuat keputusan itu.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti," katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.

Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, isu ini sebenarnya diperbesarkan oleh media dan adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan PAS tidak akan memberikan sokongan atau membekukan jenteranya pada pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengulas mengenai ketiadaan wakil PAS semasa beliau mengumumkan Mansor sebagai calon Selasa lalu, Anwar memaklumkan pada ketika itu Salleh berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut ketibaan keluarganya dari Mekah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan