YDP Kuala Langat meninggal semasa kejohanan Paragliding

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Ahir Zawawi meninggal dunia semalam akibat serangan jantung semasa kejohanan paragliding antarabansga di Bukit Jugra, Banting.

Beliau meninggal semasa dibawa dengan ambulans dari Hospital Banting ke Hospital Tengku Ampuan Rahim (HTAR) di Klang.

Mohd. Ahir, 56, sebelum itu dikatakan mengadu sesak nafas semasa turut melawat gerai-gerai pameran di sekitar kawasan kejohanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi memberitahu, nadi Mohd. Ahir didapati sudah tidak berdenyut semasa di dalam ambulans kira-kira 7.15 malam, sebelum tiba di HTAR.

"Setiba beliau di hospital, kakitangan hospital cuba menyelamatkannya tetapi gagal," kata Ahmad Yunus yang turut bersama Allahyarham di dalam ambulans tersebut.

Penolong Pegawai Penerangan MDKL, Shahrol Nizam Khalil berkata Mohd. Ahir dikatakan telah memberitahu para pegawainya bahawa beliau merasa kepanasan berikutan cuaca panas terik di majlis perasmian kejohanan yang dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Subahan Kamal di sebelah petang.

"Allahyarham kemudiannya mengalami sesak nafas semasa melawat geraigerai pameran kira-kira 6 petang, sebelum dikejarkan ke Hospital Banting dengan sebuah ambulans Jabatan Petahanan Awam Malaysia.

"Bagaimanapun keadaan beliau dilihat semakin kritikal menyebabkan Allahyarham terpaksa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya.

Shahrol Nizam berkata, Allahyarham kelihatan sihat semasa menonton pertunjukkan paragliding dan kapal terbang mainan jauh di majlis tersebut.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dihantar ke kampungnya di Sabak Bernam untuk dikebumikan.

Kejohanan paragliding tersebut yang bermula dari 30 April hingga 3 Mei ini disertai oleh 60 peserta dari 15 negara iaitu Arab Saudi, Australia, Chezchoslovakia, Filipina, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Macedonia, Montenegro, Serbia, Slovenia, Switzerland, United Kingdom dan Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan