Pelajar rentung dalam kemalangan van di Pasir Puteh

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga, Gunung, Bachok mati rentung apabila van yang ditumpanginya terbakar selepas terbabas di kilometer 4 Jalan Tok BaliTebing Tinggi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata Mohd Shukri Mustapa, 17, tersepit di tempat duduk penumpang dan gagal menyelamatkan diri dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi.

"Rakannya yang memandu kenderaaan berkenaan Wan Mohamad Zukifli, 17, mendapat cedera ringan apabila dia sempat merangkak keluar dari kereta dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Tok Bali ke Pasir Puteh secara tiba-tiba terbabas dari kiri jalan dan terjunam ke dalam parit lalu melanggar sebatang pokok menyebabkan van itu terbakar.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata pihaknya yang disertai tujuh anggota terpaksa mengambil masa 15 minit untuk memadamkan api dalam kenderaan yang sedang terbakar itu.

"Apabila mangsa dapat dikeluarkan seluruh badannya sudahpun hangus terbakar," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan