Muhyiddin: Tubuh Bank Idea Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelan pembangunan Pagoh daripada Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani (kanan) pada majlis sambutan rasmi perlantikannnya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. Turut kelihatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat merangkap Pengerusi MCA Johor (dua, kiri), Adun Bukit Serampang Tahir Taat (kiri) dan isteri TPM Puan Sri Noorainee Abd Rahman (dua, kanan). Seramai 5,000 orang menghadiri majlis itu. -- fotoBERNAMA
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelan pembangunan Pagoh daripada Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani (kanan) pada majlis sambutan rasmi perlantikannnya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. Turut kelihatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat merangkap Pengerusi MCA Johor (dua, kiri), Adun Bukit Serampang Tahir Taat (kiri) dan isteri TPM Puan Sri Noorainee Abd Rahman (dua, kanan). Seramai 5,000 orang menghadiri majlis itu. -- fotoBERNAMA

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan "Bank Idea Rakyat" di Pagoh bagi memberi peluang kepada rakyat setempat menyalurkan idea dan pandangan berhubung pelbagai perkara di kawasan mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, penduduk Pagoh boleh menyalurkan pelbagai pendapat tentang isu-isu ekonomi, pendidikan, sosial, hubungan antara kaum dan kebajikan.

"Penubuhan bank idea itu bukan bermakna kerajaan sudah bankrap idea kerana kita mempunyai pelbagai idea, tetapi ia adalah untuk memastikan kita mendampingi rakyat dan memberi peluang mereka (rakyat) menyalurkan idea yang berguna," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, di Kompleks Sukan Pagoh di sini yang dihadiri kirakira 5,000 orang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran tidak menolak kemungkinan penubuhan "bank idea" itu akan dikembangkan ke kawasan lain di negara ini jika penubuhannya di Pagoh mendapat sambutan baik masyarakat.

Beliau berkata, melalui bank idea itu ia juga dapat memperkukuh hubungan di antara rakyat dan kerajaan dengan memastikan setiap projek pembangunan itu merupakan sebahagian pandangan rakyat yang diperoleh daripada mereka terlebih dahulu.

"Masyarakat mempunyai banyak idea tetapi mereka tidak tahu ke mana hendak disalurkannya, sehubungan itu kita tubuhkan bank idea untuk mereka dan dapat memahami citarasa serta pemikiran rakyat," katanya.

Katanya, penubuhannya juga adalah pendekatan yang lebih positif dan membina kerana rakyat sudah bijak dan pandai selain anak muda juga mempunyai pandangan mereka sendiri yang boleh dikemukakan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata pihaknya merancang untuk membangunkan lagi Pagoh sebagai bandar ilmu dan pusat perdagangan berikutan kedudukannya yang mempunyai tanah yang luas dan berdekatan dengan laluan lebuh raya.

Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemilik ladang di kawasan Pagoh termasuk Sime Darby dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi merealisasikan idea itu.

"Pandangan penduduk di Pagoh sejak dulu lagi pun minta supaya Pagoh dimajukan dan mereka cadang kawasan tanah ladang dapat dimajukan sebagai bandar ilmu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan