Muhyiddin: Hentikan desak Raymond Tan letak jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usahausaha desakan perlulah dihentikan.

"Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas desakan beberapa pemimpin parti komponen BN Sabah yang mahukan Raymond yang tidak menganggotai mana-mana parti melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Desakan itu dibuat berikutan mereka tidak mahu Raymond yang merupakan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dikekalkan dalam Kabinet negeri selepas SAPP keluar daripada BN.

Sementara itu, Muhyiddin meminta penternak ayam tidak mengambil kesempatan berikutan merebaknya wabak Influenza A (H1N1) untuk menaikkan harga ayam.

Bagaimanapun, katanya walaupun permintaan terhadap ayam meningkat, beliau percaya Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) mempunyai bekalan yang mencukupi bagi menjamin harga ayam yang berpatutan di pasaran.

"Tidak sepatutnya harga ayam dinaikkan (kerana) ia barang yang dikawal di peringkat ladang yang bermakna pihak persatuan tidak boleh menaikkan harga sewenangnya.

"Jika tidak rakyat akan menanggung beban kos lebih tinggi, dalam keadaan sekarang (kegawatan ekonomi) tidak boleh buat begitu," katanya.

Kementerian terbabit perlu sentiasa membuat pemantauan manakala persatuan juga perlu memainkan peranan mereka bagi mengatasi masalah kenaikan harga ayam, katanya sebagai mengulas pendirian PPPM yang enggan menurunkan harga ayam walaupun didesak oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan.

Pengerusi Unit Ayam PPPM Kwei Yew Tong dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, pihaknya gagal mencapai kata putus untuk membolehkan harga ayam diturunkan kerana ramai penternak tidak bersetuju dengan arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan