Ulama PAS dibidas kerana tidak faham konsep sebenar kepimpinan ulama

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberi kepada golongan ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti.

Beliau berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama.

"Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama.

"Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua," kata Mohamad. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan