Perutusan Hari Pekerja PKR mahu mekanisme khas tangani pengangguran

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan mengadakan satu mekanisme khusus bagi menghadapi masalah pengangguran di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, mekanisme itu perlu dilakukan dengan memusatkan segala data pengangguran dan menawarkan perkhidmatan mencari pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan, selain mewujudkan tabung bantuan pengangguran melalui dana pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan.

Katanya, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat telah menyediakan mekanisme itu termasuk Selangor yang mewujudkan laman web khas iaitu Selangor Retrenchment Helpline (SRH) yang mengumpul data terperinci mengenai pengangguran untuk menyediakan pelan bantuan mengatasi masalah itu.

"Melalui sistem ini, data sebenar pengangguran dapat dikumpul agar usaha-usaha menyediakan pekerjaan kepada golongan tersebut dapat berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena sambutan Hari Pekerja.

Selain itu, Dr. Wan Azizah berkata, partinya mengulangi pendirian untuk mengekalkan kadar gaji minimum golongan pekerja bagi sektor awam dan swasta negara ini pada kadar sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

"Pada masa yang sama, PKR menyeru semua pihak agar berusaha meningkatkan tahap kemahiran para pekerja sejajar dengan kehendak semasa," katanya.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, perubahan dan langkah pemulihan yang diuar-uarkan kerajaan pusat hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk bagi Barisan Nasional (BN).

Katanya, kadar pengangguran negara dijangka mencecah 4.5 peratus tahun ini melibatkan 500,000 pekerja.

"Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja.

"Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan