Peraturan kerja separa masa dilaksana bulan depan - Subramaniam

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Sumber Manusia menjangkakan Peraturan Kerja Separa Masa untuk pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja dapat dilaksanakan pada bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kementeriannya kini di peringkat akhir menggubal peraturan itu di bawah Akta Kerja 1955.

"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pekerja sektor awam untuk bekerja separa masa tetapi tidak ada peraturan khusus mengenainya hingga menimbulkan beberapa isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, hari ini.

Dr. Subramaniam berkata isu, berkenaan antaranya berkaitan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bayaran kerja lebih masa dan cuti sakit.

Peraturan itu digubal antaranya bagi menetapkan peraturan berkaitan penggajian pekerja separa masa, menentukan faedah minimum kepada pekerja separa masa, mengurangkan pergantungan majikan kepada pekerja asing dan menggalakkan penyertaan tenaga kerja terbiar, katanya.

Beliau berkata, kebenaran untuk kerja separa masa itu bagi membantu pekerja yang berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan.

Sementara itu, Presiden CUEPACS Omar Osman berkata, CUEPACS memohon kepada kerajaan supaya membuat penambahbaikkan terhadap skim perjawatan bagi memberi peluang yang lebih baik dalam kenaikan pangkat.

Katanya jawatan berkenaan termasuk operator pemprosesan data, pembantu tadbir rendah dan operator mesin.

"CUEPACS juga meminta kerajaan memberi insentif khas kepada kakitangan yang berkhidmat tengah malam iaitu 12 tengah malam hingga 6 pagi supaya mereka ini lebih selesa bekerja dan tahap kesihatan mereka terjamin," katanya.

Omar turut berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 14 Mei ini bagi mengemukakan beberapa perkara berkaitan kebajikan kakitangan sektor awam.

Beliau berkata surat untuk pertemuan itu telah dihantar tiga minggu lepas dan masih belum mendapat jawapan.

Pada majlis itu, Omar dipilih menerima Anugerah Tokoh Terbilang CUEPACS manakala Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Lok Yim Pheng menerima Anugerah Gemilang Wanita CUEPACS dan Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Kesatuan Gemilang CUEPACS. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan