Pakatan Rakyat rancang bertemu SPR Rabu depan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan kedua antara Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan mengenai bantahan mereka terhadap larangan agar parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi dijangka Rabu depan.

Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr. Dzulkefli Ahmad berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai hasrat mereka itu.

"Pakatan Rakyat sudah menghantar surat melalui faks kepada Pengerusi SPR bagi memaklumkan mengenai pertemuan yang ingin kita adakan itu.

"Dalam surat itu kita cadangkan agar pertemuan tersebut diadakan Rabu depan," katanya kepada mStar Online.

Rabu lalu Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa SPR agar menarik balik keputusan mereka yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Gesaan tersebut kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan oleh suruhanjaya tersebut adalah tidak munasabah.

Bagaimanapun jelas Dzulkefli, pihaknya masih belum menerima maklum balas mengenai pertemuan tersebut.

"SPR belum jawab lagi sama ada setuju atau tidak dengan tarikh yang kita cadangkan itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan