Kuat kuasa levi berganda pekerja asing ditangguh

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan buat sementara waktu pelaksanaan kenaikan berganda levi ke atas pekerja-pekerja asing ekoran situasi ekonomi negara buat masa sekarang.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat jemaah menteri minggu lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas mempertimbangkan permintaan majikan khususnya pemilik restoran yang merasakan kenaikan levi membebankan mereka.

"Kabinet merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk melaksanakan peraturan levi berganda ke atas pekerja asing ketika situasi ekonomi semasa yang tidak menentu," kata beliau hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika membentangkan bajet mini menggariskan langkah menaikkan bayaran levi pengambilan pekerja asing di semua sektor kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah.

Ekoran keputusan itu, persatuan pengusaha restoran menggesa kerajaan supaya membatalkan kenaikan levi pekerja asing daripada RM1,800 kepada RM3,600.

Justeru, Subramaniam memberitahu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan peraturan baru itu sehingga ekonomi pulih.

Katanya, apabila keadaan ekonomi negara pulih Kabinet akan mengumumkan mekanisme untuk pelaksanaan levi berganda tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan