Ilhamkan generasi muda untuk muncul terbaik - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mesti terus mengilhamkan generasi muda untuk meneruskan perjuangannya agar dapat bersaing di pasaran global ketika menghadapi krisis ekonomi global kini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam perutusan Hari Pekerja dalam blognya www.1malaysia.com.my, Najib berkata negara perlu menentukan orang-orang muda Malaysia cukup terdidik agar muncul paling bijak dan terbaik.

"Kita mesti tentukan, dalam tempoh krisis ekonomi sekarang, kita mesti menyediakan kerja untuk pekerja dan siswazah," kata beliau.

Najib berkata dalam tempoh yang tidak menentu ini, rakyat Malaysia jangan lupa kita lebih kuat jika bersatu.

"Kepelbagaian etnik dan agama Malaysia menjadi asas kejayaan ekonomi dan sosial kita. Ia mesti dipelihara," katanya dan menambah dengan bersama sebagai 1Malaysia, masyarakat boleh mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk semua.

Sambil mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja, Najib berkata bila kerajaan memperkenalkan hari tersebut beberapa dekad lalu, ia adalah mengenai aspirasi nasional dan semua rakyat harus bangkit menghadapi cabaran memperbaharui Malaysia.

"Hari ini (Hari Pekerja) ialah mengenai langkah mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia yang mencetuskan kekuatan, kemakmuran dan keharmonian negara kita. Pekerja biasa yang telah menjadikan Malaysia sebagaimana sekarang.

"Jadi saya ingin mendedikasikan Hari Pekerja ini, 1 Mei 2009, kepada pencapaian sosial dan ekonomi pekerja Malaysia. Terima kasih hasilnya amat luar biasa.

"Apa yang telah dibina sejak kita mula-mula memberi penghormatan kepada pekerja Malaysia adalah luar biasa," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan