Veteran Umno syor PAS-Umno bersatu

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Veteran Umno mencadangkan supaya PAS kembali bersama dengan Umno untuk menentukan masa depan orang Melayu dan orang Islam.

Ketua penerangan Veteran Umno, Datuk Dr. Dzulkarnain Abdul Rahman menyatakan cadangan tersebut semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Veteran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

"Hari ini kita berfikir bahawa PAS boleh bercantum, bersatu dengan Umno untuk bangsa Melayu dan umat Islam sebagaimana kita asaskan dahulu sewaktu zaman sebelum merdeka.

"PAS juga merupakan sebahagian daripada Umno satu ketika dahulu.

"Segala kejayaankejayaan yang kita alami sebelum ini adalah daripada masyarakat Melayu yang bersatupadu. Hasrat inilah yang kita harapkan untuk Melayu bersatu dan memperkukuhkan bangsa," katanya lagi.

Timbalan Pengerusi Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula menyatakan cadangannya supaya Majlis Veteran Umno diiktirafkan dalam perlembagaan Umno sepertimana sayapsayap lain yang juga diiktirafkan.

"Keahlian kami berjumlah lebih kurang 800,000 orang. Dan kami telah berkhidmat dengan begitu lama sekali.

"Kami ingin pengiktirafan yang lebih dan kami juga ingin cadangkan kepada Yang Amat Berhormat presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak supaya terdapat pemerhati daripada golongan veteran di setiap lapisan Umno, dari Majlis Tertinggi, peringkat negeri hinggalah ke peringkat bahagian," kata Mohd Zaid.

Beliau berkata, cadangannya itu adalah supaya golongan veteran tahu akan pergerakan dan keputusan parti tersebut dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan memberi sokongan yang penuh kepada Najib bagi pihak veteran Umno seluruh negara.

Menyentuh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini, Veteran Umno menyatakan pendirian mereka yang akan tetap menyokong segala keputusan Perdana Menteri.

Mohd Zaid juga menyatakan harapannya supaya kempen sewaktu pilihan raya dijalankan hanya pada waktu siang iaitu dari pukul 10 pagi hingga 3 petang untuk mengelakkan daripada kekacauan yang mungkin timbul.

"Saya faham darah muda amat panas dan sekarang kempen pilihan raya semakin agresif. Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku kami berharap bahawa kempen partiparti politik akan dijalankan hanya pada waktu siang," kata beliau.

Veteran Umno juga bercadang mengadakan majlis ramah mesra bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada satu majlis tahlil dan bacaan yassin untuk Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan