Pemuda Umno anjur Khemah Kerja Perdana susulan pemilihan

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saf baru Pergerakan Pemuda Umno bakal menggariskan agenda gerak kerja serta hala tuju mereka pada 'Khemah Kerja Perdana' yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 3 Mei.

Pertemuan berkenaan merupakan program pertama sayap Umno itu selepas pemilihan parti hujung Mac lalu.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata menerusi khemah kerja tersebut, barisan kepimpinan Pemuda akan membugar semula agenda latihan dan pendidikan politik seperti yang dikehendaki oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Selepas pemilihan Umno yang lalu, ahli Pemuda di seluruh negara dijangka menantikan hala tuju dan gerak kerja yang bakal dilaksanakan selepas ini.

"Penganjuran khemah kerja Pemuda Umno hujung minggu ini membawa hasrat dan niat untuk memperkukuh agenda gerak kerja Pemuda di segenap peringkat," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada mStar Online.

Jelas beliau matlamat khemah kerja itu adalah bagi membina kesepakatan dan semangat kerjasama, membina 'esprit de corp' yang kukuh, menentukan gerak kerja Pemuda dan memperteguh jatidiri.

Khemah kerja itu akan dihadiri seluruh exco dan ketua-ketua Pemuda Umno negeri.

Reezal juga memaklumkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan keseluruhan saf kepimpinan akan menggariskan agenda gerakan yang menyeluruh.

"Ini termasuk penyusunan dan penubuhan biro-biro yang selari dengan cita dan hasrat kepimpinan parti.

"Kita cukup yakin khemah kerja ini akan membawa hasil yang baik dan positif. "Lebih penting lagi, semua hasrat dan keinginan pelaksanaan gerak kerja ini mesti diturunkan kepada peringkat akar umbi dengan seberapa segera," katanya.

Tambah beliau lagi khemah kerja ini dijangka menjadi platform perbincangan tentang pelbagai pendekatan, mekanisme dan kaedah baru Pemuda dalam mendekati generasi muda.

"Selain itu, ianya juga bakal melahirkan komitmen Pemuda dalam menjadi pemangkin dan pemangkin usaha pemerkasaan parti akan dimulakan dengan seberapa segera," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan