Pakatan tolak: AMK kecewa dengan 'kekecewaan' SPR

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Justeru, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd, Akin berkata, pihaknya menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah SPR.

Kini SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru iaitu mengehadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding pada hari penamaan calon, memperkenalkan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

"Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik.

"AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihan raya kecil yang berlangsung, sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon," kata beliau dalam kenyataannya semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ia bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.

"Malah terbukti dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyat yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

"Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas.

"AMK tidak lupa bagaimana pada pilihan raya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian," kata Shamsul.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika dua perkara dihalalkan oleh SPR iaitu kebanjiran pihak polis dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja, kata ketua AMK.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan