Najib yakin soal persempadanan Malaysia-Brunei dapat diselesai

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Malaysia dan Brunei mampu menyelesaikan soal persempadanan darat dan maritim antara keduadua negara itu.

Katanya proses memuktamadkan persempadanan itu sedang berjalan lancar tanpa menyatakan jangka tempoh masa khusus untuk menyelesaikan isu itu.

Najib, yang sebelum itu mengadakan pertemuan empat mata selama sejam dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di sini, berkata bahawa soal persempadanan merupakan antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Ia adalah antara perkara spesifik yang telah dibincangkan. Kita akan teruskan proses ini sehingga ia dapat dimuktamadkan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini.

Ditanya sama ada isu tuntutan Limbang di utara Sarawak dibincangkan pada pertemuan itu, Najib berkata: "Kita bincang dalam konteks persempadanan darat dan maritim. Kita tidak sebut Limbang."

Najib berkata, dalam perbincangan tersebut, Sultan Hassanal Bolkiah menyatakan rasa puas hati terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan berharap ia dapat dipertingkatkan.

Selain soal persempadanan, kedua-dua pemimpin negara juga membincangkan perjanjian mengelak cukai berganda dan berharap memuktamadkan perjanjian itu tidak lama lagi.

"Baginda juga berminat melihat lebih banyak pelaburan dibuat oleh pelabur Brunei di Malaysia menerusi Agensi Pelaburan Brunei khususnya dalam pembinaan hotel bertaraf lima bintang berdekatan Kuala Lumpur City Centre (KLCC)," katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berharap lebih ramai menteri dari Malaysia melawat negara itu bagi mengenali secara dekat rakan sejawatan mereka di sini.

"Ini kita akan laksanakan dari masa ke semasa," katanya sambil menjelaskan Baginda turut meminta supaya rundingan tahunan Brunei-Malaysia seterusnya diadakan Ogos ini.

Najib juga menyentuh keperluan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara penduduk kedua-dua negara dalam sektor pelancongan di mana beliau menanggap mempunyai potensi besar.

Antara usaha yang boleh diterokai seterusnya oleh keduadua negara bagi meningkatkan industri pelancongan ialah mengadakan pakej pelancongan bersama, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan