Sultan Selangor ke AS jalani pembedahan jantung

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat ke Amerika Syarikat bagi menjalani pembedahan jantung di Stanford University Medical Centre, Palo Alto, San Fransisco, California.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud berkata baginda dijangka menjalani pembedahan itu pada 2 Mei dan akan menerima rawatan di hospital berkenaan selama tiga minggu.

"Semalam baginda berlepas ke Singapura dan pukul 9 pagi ini baginda berangkat ke San Fransisco dari Singapura dengan menaiki Singapore Airlines.

"Doktor yang bertanggungjawab di Stanford University Medical Centre ialah Cardiothoracic Surgery, Profesor Dr Alan Yeung dan Mitral Valve Specialist, Profesor Dr Craig Miller," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Ramli berkata keberangkatan baginda ke Amerika Syarikat diiringi adinda baginda, Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah, doktor pakar dari Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Datuk Dr Anuar Masduki, Ahli Dewan diRaja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada baginda Datuk Zakaria Abd. Rahman dan dua sahabat baginda.

Beliau berkata pembedahan itu adalah yang pertama dilakukan baginda dan ia dijangka mengambil masa kira-kira enam jam.

Justeru, katanya baginda meminta supaya rakyat Selangor khususnya tidak berasa bimbang dan mendoakan agar pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya seterusnya dapat menjalankan tugas-tugas baginda seperti biasa.

"Saya turut meminta pihak Jabatan Agama Islam Selangor supaya mendapatkan kerjasama daripada jawatankuasa masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor agar dapat mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat pada hari Khamis malam Jumaat seterusnya mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Selangor sepanjang tempoh rawatan baginda di hospital," katanya.

Ditanya samada terdapat wakil yang akan mengambil alih tugas baginda sepanjang ketiadaan baginda, Ramli berkata: "Tidak perlu kerana pelantikan regent (pemangku raja) hanya dibuat apabila baginda berada di luar negara lebih dari 30 hari". BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan