Kembar Siam Orang Asli meninggal dunia

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kembar Siam perempuan berketurunan Orang Asli yang dilahirkan dalam keadaan pra matang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Jumaat lepas, meninggal dunia pada 5.35 petang tadi akibat kegagalan pernafasan.

Perkara tersebut disahkan Pengarah HTAA, Datuk Dr Ardi Awang.

Ibu bayi berkenaan Sina Awang, 20, berkata sebelum bayi kembar itu menghembuskan nafas terakhir, dia diminta oleh doktor untuk berada di sisi anaknya.

"Sebelum meninggal mereka ada bergerak sikit-sikit tapi doktor hanya bagi dukung selepas mereka sudah tiada," katanya kepada pemberita yang ditemui dalam keadaan hiba di sini.

Katanya, kedua kembar Siam yang dicadang untuk dinamakan Ayi dan Beyie itu akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Batu 8, Kuala Rompin malam ini sebelum dikebumikan pagi esok.

Bayi seberat 3.25 kilogram yang dilahirkan selepas 25 minggu berada dalam kandungan ibu mereka bercantum pada bahagian atas pusat hingga ke tengah dada dan dilaporkan hanya bahagian hati didapati bercantum manakala bahagian organ lain masih dalam pemerhatian.

Kedua-dua bayi berkenaan diletakkan di bawah penyeliaan doktor pakar kanak-kanak HTAA dan dicadang dirujuk ke Hospital Selayang atau Hospital Kuala Lumpur sekiranya menunjukkan tanda keadaan yang kompleks. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan