Datuk Abd Rauf Yusof dilantik Setiausaha Kerja Umno - Berita Semasa | mStar

Datuk Abd Rauf Yusof dilantik Setiausaha Kerja Umno

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh telah dilantik sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia yang baru.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang diadakan Jumaat lepas.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Abd Rauf, 43, berkuatkuasa Isnin lepas.

Beliau adalah bekas Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang dan menggantikan Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan