Malaysia negara pertama sedia institusi kewangan Islam mega - Zeti

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

"Dalam persekitaran ekonomi semasa, tiada institusi kewangan sedemikian. Malah, tidak ada di mana-mana dalam dunia," kata beliau di sini semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam ini mengumumkan langkah-langkah penting untuk meliberalisasikan sektor kewangan.

Ia termasuk dua lesen perbankan Islam baharu akan ditawarkan kepada peserta asing tahun ini dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

Menurut Zeti, bank-bank berkenaan adalah untuk perniagaan antarabangsa.

"Kriterianya ialah bagi modal berbayar sebanyak AS$1 bilion. Oleh itu, perniagaan perlu antarabangsa, dari mana-mana bahagian dalam dunia bagi mewajarkan paras permodalan," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan dua lesen perbankan perdagangan baharu akan diberikan kepada peserta asing yang dapat membawa masuk profesionalisme dalam bidang khusus dan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negara.

Mengenai jenis pengkhususan yang diharapkan, Zeti berkata- produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan belum signifikan di Malaysia, seperti dalam infrastruktur, pertanian dan teknologi.

Bagi semua lesen yang diberikan pada 2009 permohonan perlu sebelum 31 Oktober dan jika berjaya, operasi perdagangan boleh bermula pada 2010.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan