PM tentukan kedudukan BN dalam pilihan raya kecil DUN Penanti

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.

"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan Biro Politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Plaza Angsana di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Kerusi DUN Penanti itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33 daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 April lepas.

Mohammad Fairus sebelum ini turut meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berikutan dengan tuduhan terlibat dengan rasuah. Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut ditanya tentang pandangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu.

"Kita akan mengambil kira semua pandangan," jawab beliau.Selain pandangan mahukan BN bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti itu, terdapat juga pihak yang berpendapat parti tidak perlu bertanding untuk mengelak daripada terlibat dalam permainan politik pembangkang. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan