Penanti: SPR tetapkan pilihan raya kecil, Fairus kekal pendirian?

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sekali gus mengumumkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya kecil kerusi tersebut,hari ini.

Suruhanjaya itu akan berbuat demikian jika tiada apa-apa perubahan pendirian di sebelah penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus masih ada masa sehingga esok jika mahu mengubah pendiriannya.

"Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita... SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada mStar Online ketika dihubungi.

"Kalau keadaan tidak berubah, YB Fairus kekal mengosongkan, kita akan membuat pengumuman esok," katanya lagi.

Menurut Wah Ahmad, tempoh tidak lewat 10 hari untuk suruhanjaya mengadakan mesyuarat mengesahkan kekosongan sekali gus menetapkan tarikh pilihan raya kecil akan berakhir tengah malam esok.

SPR menerima notis kekosongan daripada Speaker DUN Pulau Pinang pada 17 April lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dijadual mengadakan sidang media pukul 10.30 pagi esok bagi mengumumkan perkara tersebut.

Kelmarin, Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menegaskan beliau tetap meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

"Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus.

Pada 16 April lepas, Fairus daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Fairus, 32, yang ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, keputusan itu untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain bagi melanjutkan pelajaran.

SPRM telah membebaskan dirinya dari segala tuduhan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan