MIC: Pasamanikam 86 tahun kekal Ketua Bahagian Muar dipegang 30 tahun

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENANGAN VETERAN Datuk Seri S. Samy Vellu (kiri) mengenakan jam bagi mengenang jasa pemimpin veteran MIC, Tan Sri Pasamanikam pada tahun 2003. Hari ini Pasamanikam mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua MIC Bahagian Muar buat tahun ke-30.
KENANGAN VETERAN Datuk Seri S. Samy Vellu (kiri) mengenakan jam bagi mengenang jasa pemimpin veteran MIC, Tan Sri Pasamanikam pada tahun 2003. Hari ini Pasamanikam mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua MIC Bahagian Muar buat tahun ke-30.

JOHOR BARU: Orang kuat MIC Johor, Tan Sri G. Pasamanikam dilihat telah mencatat sejarah dengan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua MIC Bahagian Muar tanpa bertanding walaupun beliau sudah mencecah usia 86 tahun.

Pasamanikam merupakan antara sembilan Ketua Bahagian MIC di Johor yang mengekalkan kedudukan masing-masing tanpa saingan.

Beliau mengetuai Bahagian Muar sejak 30 tahun lalu.

"Ini adalah penggal terakhir saya. Saya tidak mahu bertanding tetapi golongan muda minta saya bertanding untuk satu lagi penggal," kata beliau di sini semalam.

Ketua bahagian lain yang turut menang tanpa bertanding ialah S. Ramalingam, 76, dari Bahagian Pulai; Jasbir Singh, 74, (Pontian) dan A. Suppiah, 73, (Kota Tinggi).

Enam ketua bahagian yang berusia dalam lingkungan 60 tahun juga menang tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel adalah antara lapan penyandang pengerusi bahagian MIC di Selangor yang mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding dalam pemilihan bahagian yang dijadual bulan depan.

Palanivel mengekalkan jawatan Pengerusi MIC Bahagian Kuala Selangor.

Pengerusi yang lain adalah Datuk S. Gopalakrishnan (Hulu Langat), S. Saktivel (Puchong), N.R. Krishnan (Subang), S. Suppiah (Shah Alam), S. Wilson (Ampang), N.S. Krishnan (Tanjung Karang) dan P. Santhirapragasam (Sabah Bernam).

Sumber yang layak dipercayai di Ibu pejabat MIC memberitahu Bernama bahawa seorang muka baru, Datuk S.M. Muthu, juga kekal tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bahagian Kelana Jaya.

Sumber itu berkata kesemua bahagian di Selangor menghadapi saingan sengit bagi semua jawatan termasuk mereka yang menjadi perwakilan.

Semua penyandang Pengerusi Bahagian di Kapar, Kuala Selangor, Klang, Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Gombak dan Serdang juga akan ditentang.

Pencalonan bagi jawatan peringkat bahagian kini sedang berjalan di seluruh negara dan akan ditutup akhir minggu depan.

MIC akan mengadakan persidangan dan pemilihan bagi timbalan presiden, tiga naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada September.

Datuk Seri S. Samy Velu mengekalkan jawatan sebagai Presiden MIC tanpa bertanding bagi penggal ke-11 awal bulan ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan