Manohara Odelia didakwa 'didera' muncul bersama Tengku Temenggong Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka. foto Mingguan Malaysia
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka. foto Mingguan Malaysia

PETALING JAYA: Pasangan diraja Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, yang juga model terkenal Indonesia - yang sebelum ini didakwa mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera, muncul di khalayak pada satu majlis di Kota Bharu kelmarin.

Mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan kemunculan pasangan berkenaan yang sejak kebelakangan menjadi tumpuan media khususnya media Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera secara fizikal dan mental.

Laporan Mingguan Malaysia semalam menyebut, kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota, Kota Bahru pada 1.40 tengah hari semalam, menarik perhatian orang ramai yang memeriahkan majlis tersebut.

Laporan itu menambah, pada majlis tersebut Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan engan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.

Selain itu, pasangan berkenaan tidak melepaskan peluang bermesra dengan rakyat jelata dan bersalam-salaman dengan tetamu.

Kisah Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunya, Daisy Farajina mendakwa anaknya itu telah 'diculik' oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

Manohara turut pernah muncul pada majlis-majlis rasmi diraja sebelum ini.

Pada 31 Mac lalu, Manohara telah mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa, Kota Bahru sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan