Lagu 1Malaysia simbol perjuangan rakyat Malaysia pelbagai kaum

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia' sebagai simbol perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata seperti juga lagu 'Budi Bahasa Budaya Kita' dan kempen membaca yang dicipta tidak lama dulu yang banyak menerapkan nilai murni, bahasa yang digunakan dalam lagu itu harus dapat menarik masyarakat dan begitu juga liriknya memikat perhatian mereka yang mendengarnya.

"Insya-Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan dan pemilihan lagu itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Kuala Klawang di sini, malam tadi.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata lagu ini bukan sesuatu yang wajib tetapi ia akan memberi satu representasi atau pun perwakilan sentimen pelbagai kaum di negara ini.

Katanya lagu 1Malaysia dalam Bahasa Malaysia ini akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio seiring dengan konsep 1Malaysia yang diinginkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, katanya pelbagai kegiatan menerusi pelbagai kaum di negara ini perlu digalakkan supaya setiap kegiatan itu mencerminkan penglibatan masyarakat masingmasing mengikut kebudayaan dan sosial mereka.

Rais berkata kementerian mengambil berat peranan badanbadan bukan kerajaan (NGO) dan akan memberi galakkan kepada NGO supaya menonjolkan amalan budaya dan kemasyarakatan yang mencerminkan perpaduan rakyat negara ini.

"Program sosial dan kebudayaan harus digalakkan mulai dari sekarang dan kementerian akan cuba bekerjasama agar masyarakat sekitar mengambil peranan masing-masing.

Oleh itu, penganjur hendaklah menekankan kepentingan setiap komuniti itu diambilkira ketika mengadakan sesuatu program itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan