Status agama anak: Makkal Sakthi anggap keputusan positif, berani

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Makkal Sakthi mengalu-alukan keputusan Kabinet yang menetapkan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Penyelarasnya, R.S Thanenthiran menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah berani, yang dibuat dalam waktu yang singkat selepas Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dibentuk.

"Malah keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pimpinan Najib sudah mula memperlihatkan prestasi kerja sebagaimana dijanjikan.

"Keputusan ini diambil sebaik sahaja Kabinet mengadakan mesyuarat pertama. Langkah ini akan membolehkan Najib memperoleh sokongan rakyat pelbagai kaum.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa akan ada sekumpulan kecil yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini tetapi ia akan membawa kebaikan kepada semua," kata beliau kepada mStar Online.

Beliau juga menyifatkan keputusan tersebut sebagai hasil ke atas usaha yang telah lama dikemukakan kepada kerajaan.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Katanyam bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undangundang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan